BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2

AKTIVITI 2 DAN 11

ULASAN JURNAL

JURNAL 1:

BUILDING INFORMATION LITERACY : AN ACTION RESEARCH APPROACH
By : Helen Schutz, Alison Pick and Gina Knox (3 experienced teachers from Sydney Schools)

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah kajian tindakan merupakan sesuatu yang bernilai yang boleh digunakan oleh guru perpustakaan untuk meningkatkan hasil daripada pembelajaran di dalam kebolehan membaca dan menulis informasi yang diberikan guru?
2. Adakah dengan penglibatan daripada guru perpustakaan boleh melakukan sesuatu perubahan kepada kebolehan pelajar menguasai kemahiran informasi?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar daripada dua kelas tahun 8 di dalam Kelas Sejarah.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan tugas berdasarkan kepada topik sejarah iaitu “The Black Death” dengan mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian serta perlu penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang. Tugasan dilakukan secara online sepenuhnya dan menggunakan website yang menghubungkan semua pelajar yang direka khas oleh guru perpustakaan.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini menunjukkan pengumpulan data terbahagi kepada data kualitatif dan kuantitatif.

1. Pelajar dinilai dengan melihat kepada bagaimana pelajar mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian.
2. Pelajar juga dinilai dengan melihat kepada penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang.
3. Guru kelas melakukan pemerhatian terhadap pelajarnya.
4. Guru perpustakaan melakukan temuduga kepada pelajar.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam tugasan yang diberikan, pelajar dibekalkan dengan papan hitam elektronik, software peta minda, dan Microsoft Publisher.

HASIL :

1. Guru kelas memberikan komen yang positif terhadap tugasan yang telah diberikan terutama guru yang mengajar kelas sederhana dan terkejut kerana tidak pernah melihat pelajarnya begitu komited terhadap sesuatu tugasan.
2. Pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya.
3. Guru daripada kedua-dua kelas tersebut percaya mereka telah memandang rendah terhadap kebolehan pelajarnya untuk melakukan tugasan tersebut kerana pelajar berjaya melakukannya.
4. Pelajar merasakan mereka akan lebih apa yang ingin dibuat selepas ini jika diberikan tugasan oleh guru.

JURNAL 2:

WHO IS CONDUCTING TEACHER RESEARCH?
By : Debbie L. Hahs-Vaughn (University of Central Florida) & Karen L. Yanowitz (Arkansas State University)

PERSOALAN KAJIAN :

1. Sejauh manakah karakter guru dan sumbangannya, penglibatan guru, penglibatan sekolah di dalam perkembangan professional dan karakter sekolah yang melihat penglibatan guru dalam kajian?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

49184 orang guru (78.9% guru wanita dan 21.1% guru lelaki)

METODOLOGI:

Kajian ini menggunakan Logistics Regression Models untuk menilai hubungan antara karakter guru, sekolah dan penglibatan menyokong perkembangan professional yang boleh mempengaruhi penglibatan guru di dalam kajian.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini, pengkaji memperolehi data dalam bentuk data kuantitatif iaitu :

1. Data diperolehi melalui jadual statistik diskriptif.
2. Data yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat daripada SPSS.

ETIKA KAJIAN:

1. Model 1 – hubungan antara karakter guru dan kemungkinan penglibatan guru secara individu atau kolaboratif bertentangan untuk tidak terlibat di dalam kajian.
2. Model 2 – karakter sekolah sebagai tambahan kepada karakter guru yang menyumbang kepada sekolah.
3. Model 3 – melihat penglibatan di dalam perkembangan professional dan bagaimana faktor ini mempengaruhi kemungkinan penglibatan guru di dalam kajian.
4. Model 4 – menilai pengaruh sokongan kepada perkembangan professional serentak dengan karakter guru dan sekolah penglibatan di dalam perkembangan professional.

HASIL :

Guru yang berpengalaman mengajar di sekolah swasta adalah 1.2 kali lebih penglibatan di dalam kajian daripada guru yang tiada pengalaman.
Guru yang mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar yang kurang daripada 300 mempunyai 90% peluang untuk kajian.
Guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan penilaian pelajar mempunyai 1.530 kali dalam kajian guru manakala guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan kaedah mengajar mempunyai 1.470 kali di dalam kajian guru.

JURNAL 3:

AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM
By : Courtney Kosky, West Virginia University.

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?
2. Adakah dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan pencapaian akademik?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar tahun 6 di Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi, membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum, mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini, pengkaji mengumpul data melalui :

1. Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap pelajaran dan aktiviti.
2. Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi maklumbalas.
3. Memberi penilaian dan rubrik melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
4. Tinjauan dngan guru memberi reflek terhadap pengajaran setiap hari.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam jurnal guru, penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low (pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).

HASIL :

1. Pelajar lebih berminat kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa yang mereka belajar.
2. Pencapaian akademik pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.

BANDINGKAN MASALAH YANG DIBINCANGKAN DI DALAM KETIGA-TIGA JURNAL

Semua pengkaji mengkaji masalah yang berbeza dan setiap pengkaji mempunyai matlamat tersendiri kenapa mereka melakukan kajian mereka itu terhadap sample yang dipilih. Jurnal pertama dan ketiga menjadikan pelajar sebagai sample manakal jurnal kedua menjadikan guru sebagai sample.

Jurnal pertama mengkaji adakah dengan bantuan guru perpustakaan yang memberikan tugasan yang berasaskan teknologi kepada pelajar mampu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Jurnal kedua pula menekankan guru ketegori mana yang banyak terlibat dengan kajian. Jurnal ketiga menjurus kepada penggunaan unsur-unsur kesenian di dalam subjek sosial.

BANDINGKAN BAGAIMANA PARA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua jurnal menjalankan beberapa proses yang terlibat dan menyerupai proses perlaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi di dalam proses kajian mereka itu.

APA YANG DIPELAJARI DARIPADA KETIGA-TIGA JURNAL

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku tidak kira di mana sahaja contohnya seperti di dalam bilik darjah sama ada melibatkan diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan. Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek seperti langkah-langkah yang ingin diambil, perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut, cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat dan bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.

Proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memantau perjalanan kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak. Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. ini bertujuan untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.

0 comments: