BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3

AKTIVITI 3

ULASAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM 2009


Ulasan Pembentangan 1

Meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam

Oleh : Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631), Norbasirah Saodi (P48616),
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

Pernyataan Masalah

1) Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?
2) Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1)Refleksi- kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
2)Perancangan-Menggunakan teknik mentor mentee
3)Tindakan- Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
4)Pemerhatian- Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 6 orang pelajar yang lemah dari tingkatan 4ea/pd1

Pengumpulan dan penganalisian data

1)Ujian Saringan- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
2)Pemerhatian- -dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
3)Temubual- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan dan dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.

Implikasi kajian

1)Dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
2)Pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi kerana hubungan pelajar dan guru rapat
3)Pelajar lebih seronok dan tidak malu untuk bertanya kerana belajar bersendirian dengan guru
4)Membuatkan pelajar yang lemah dan tidak tahu mengenai tulisan jawi semakin mengenali tulisan jawi tersebut.

Ulasan kepada pembentangan

Seperti yang kita maklum, dewasa ini ramai pelajar yang tidak tahu menulis mahupun membaca jawi. Mungkin ini kerana kurangnya pendedahan yang diperolehi terutamanya apabila mereka berada di rumah. Namun, ekoran malu bertanya kepada rakan atau guru menyebabkan mereka tidak dapat dilatih dari awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi ini. Mereka gusar jika memberikan jawapan yang salah atau khuatir pertanyaan mereka adalah tidak bernas.

Gurulah yang harus bijak untuk mengikis tanggapan dan sikap malu bertanya pelajar ini dengan menggunakan teknik mentor mentee yang mampu meningkatkan penguasaan para pelajar. Ini kerana ia hanya melibatkan interaksi antara pelajar dan guru tersebut sahaja dan sudah tentu mampu mengelakkan pelajar menjadi malu dan pelajar bebas untuk mneyuarakan masalah mereka. Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar). Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.


Ulasan Pembentangan 2

“Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi Terhadap Permainan, Motivasi dan Keberkesanan Ulangkaji Melalui Pembelajaran kolaboratif (Permainan Dam Ular)”

Oleh : Jovinia Jowinis ,Zaleha Mohd Jaafar

Pernyataan Masalah

Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap;

i) Permainan dam ular di dalam aktiviti ulangkaji subjek Sejarah dan Pendidikan Islam?

ii) Motivasi pelajar apabila menjalankan aktiviti ulangkaji menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular?

iii) Keberkesanan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular dalam aktiviti ulangkaji pelajar?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1) Model kajian tindakan Kemmis & McTaggert (1988)
2) Kajian kolaboratif

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 83 orang pelajar dari tingkatan 4

Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Borang soal selidik
2) Pemerhatian melalui video dan gambar
3) Soal selidik soalan terbuka (Open ended questionaire).

Implikasi kajian

1) Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar.
2) Pelajar lebih seronok kerana melalui permainan, ianya tidak membosankan dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.
3) Pelajar dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dengan membincangkan jawapan kepada soalan yang diberi.
4) Pelajar akan lebih aktif untuk mengulangkaji pelajaran mereka melalui permainan dam ular ini.

Ulasan kepada pembentangan

Rata-rata pelajar tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran jika guru tidak pandai menggunakan pendekatan yang betul ataupun menggunakan teknik dan kaedah mengajar yang betul. Mereka cepat berasa bosan dan bersifat malas. Berdasarkan hasil penelitian, analisis dan perbincangan dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular adalah positif dan kaedah ini dapat meningkatkan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti ulangkaji. Ini kerana mereka tidak berasa bosan malah dapat bermain sambil menjawab soalan dan dapat berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Ini juga mampu meningkatkan sifat bekerjasama dan kefahaman para pelajar itu sendiri.

0 comments: