BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 13, 2009

MINI KAJIAN TINDAKAN

AKTIVITI 4

TAJUK : PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.

TUJUAN :

1) Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2) Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing dan ini boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar.

3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan idea masing-masing kepada tugaan yang diberikan.

4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas.

5) Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

6) Setiap kumpulan akan berusaha menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran.

SIAPAKAH PESERTA KAJIAN?
- Pelajar sekolah

DI MANAKAH SETTING KAJIAN?
- Di dalam kelas

AKTIVITI 6

KEKUATAN SUBJEK PENGAJARAN :


  • Guru membuat demonstrasi apabila mengajar sesuatu topik misalnya tajuk system barter
  • Guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham.
  • Sewaktu guru mengajar topik dokumen perniagaan dalam negeri, guru membawa dokumen sebenar yang terlibat seperti cek, invois dan sebagainya.
  • Guru membuat pertandingan kuiz secara berkumpulan
  • Terdapat juga guru yang membawa keratan akhbar yang berkaitan untuk dibincangkan.

AKTIVITI 7


KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :

  • Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan)
  • Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal
  • Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran.
  • Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar
  • Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.
  • Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu.
  • Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik

AKTIVITI 8

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :

  • Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dan Perdagangan.
  • Contohnya, menggunakan bahan maujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek samada melalui bentuk multimedia atau konvensional.
  • Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas untuk meningkatkan minat dan mengurangkan perasaan jemu pelajar terhadap subjek yang di ajar.
  • Melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan mengasah skil komunikasi di kalangan mereka.
  • Bagi subjek perdagangan, latih pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti jualan terutama ketika sekolah melakukan sambutan seperti Hari Guru, Hari Kemerdekaan, Hari Kantin dan lain-lain lagi.
  • Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
  • Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.
AKTIVITI 9 DAN 12

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

"Menambahbaik kaedah tradisional sekaligus mengingkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains."

OBJEKTIF KAJIAN

  • Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.
  • Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
  • Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.
PERSOALAN KAJIAN

  • Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?
  • Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

METHODOLOGY

  • Refleksi- kenalpasti pelajar yang tidak berminat dan lemah
  • Perancangan-menggunakan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud
  • Tindakan-melaksanakan kaedah pembelajaran kooperatif

SETTING - Di dalam kelas macro teaching

SAMPLE - 22 orang Pelajar

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA

  • SWOT analysis
  • Pemerhatian-tayangan video dan gambar
  • Temubual-tidak berstruktur
AKTIVITI 10

Berdasarkan buku yang anda baca, bincangkan tentang "mengenalpasti masalah Kajian Tindakan"

Menjadi kebiasaan apabila ingin memulakan sesuatu kajian tindakan, kita akan berdepan dengan ketidakpastian dan ia bukan perkara luar biasa kerana akhirnya kita akan memulakan sesuatu usaha yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Untuk mencari sesuatu kepastian bagi memulakan kajian tindakan kita adalah dengan memilih topik yang sesuai.

Langkah awal adalah dengan mencari topik dan ukur samada ia sesuai untuk sesuatu pendekatan di dalam kajian tindakan selain memulakan usaha projek kajian tindakan dengan kenal pasti idea yang tepat tentang apa yang kita ingin siasat dan kaji.

Ciri-ciri yang perlu diketahui untuk mengenal pasti kesesuaian topik dan permasalahan kajian tindakan adalah :

1) Pengkaji berniat untuk memperbaiki dan mengubah keadaan. Persoalannya apa yang kita hendak perbaiki? Contohnya, hubungan dengan ibu bapa. Oleh itu, bagaimana kita berhubung dengan mereka setiap hari dan bagaimana kita berfikir tentang mereka?

2) Mengubah tingkah laku sosial. Pengkaji ingin memperbaiki amalan mereka dengan mengubah amalan tersebut dan cari pengetahuan baru tentangnya. Oleh itu, melalui kajian ia akan menambah pemahaman para pengkaji tentang apa dan kenapa kita lakukannya. Tingkah laku sosial bukan sahaja bergantung kepada niat kita tetapi juga bagaimana orang lain berfikir mengenainya.

3) Menghasilkan pengetahuan baru tentang tingkah laku sosial yang tertentu. Kajian tindakan boleh mengubah pengetahuan kita tentang apa yang dikaji kerana ia akan menimbulkan persoalan tentang apa yang kita tahu dan buat.

4) Sentiasa relevan dengan sesuatu yang spesifik. Topik yang dipilih mestilah relevan dan bukan sahaja memenuhi keperluan dan kehendak kita tetapi juga orang lain yang berada disekeliling kita seperti penyelia projek, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya kerana mereka juga mungkin mempunyai cadangan atau idea yang boleh memastikan topik yang dipilih tepat dan dapat mencapai tujuan kita.

AKTIVITI 13

Kaedah yang akan digunakan di dalam mini kajian tindakan kami adalah kaedah pembelajaran secara kooperatif berasaskan bahan maujud. Kaedah kooperatif boleh digunakan dan diadaptasi di dalam setiap permasalahan yang timbul kerana ianya relevan dan sangat penting untuk mewujudkan semangat kerjasama antara para pelajar.

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Oleh itu ia amat sesuai digunakan di dalam apa jua subjek kerana ianya akan meningkatkan penglibatan semua pelajar dan membantu komunikasi sosial antara pelajar. Jika sebelum ini pelajar agak pasif dan hanya berdiam diri di dalam kelas tetapi melalui kaedah ini akan membantu mengatasi masalah tersebut.


TEORI KONSTRUKTIVISM

Konstruktivisme merupakan pandangan yang melihat pembelajaran sebagai proses regulasi kendiri yang dibina daripada pengetahuan sedia ada pelajar di mana pelajar adalah peserta yang aktif di dalam proses pembelajaran.


  • Pelajar sebagai individu dan bagaimana mereka membina pengetahuan, kepercayaan dan identiti mereka.
  • Galakkan aktiviti dan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar.
  • Sediakan peluang pelajar bekerja bersama-sama.
  • Bantu pelajar novis membina kecekapan.
TEORI MOTIVASI


Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan dan Sainsyang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:


-Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
-Panduan mencari kajian-kajian lepas.
-Memilih aspek yang difokus.
-Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
-Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Kajian lepas

Dalam mini kajian tindakan, kumpulan kami membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas supaya dapat memperolehi maklumat atau penjelasan terperinci terhadap bidang kajian dan asas data kajian.

KERANGKA KONSEPTUAL


Konsep pemikiran


Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) dalam konsep pemikiran menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek PERDAGANGAN DAN SAINS.


Konsep kemahiran berfikir


Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.

Kemahiran berfikir secara kritis : kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:

a) Berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.

b) Berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas (mencari bahan maujud yang bersesuaian dengan topik pengajaran guru), aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (kaedah kooperatif).

KAEDAH PENGAJARAN

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.




















Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1

AKTIVITI 1

ULASAN BUKU


TAJUK BUKU : DOING ACTION RESEARCH IN EARLY CHILDHOOD STUDIES (A STEP BY STEP GUIDE)

PENGARANG : GLENDA MAC NAUGHTON AND PATRICK HUGHES

TERBITAN : THE MC GRAW HILLS COMPANIES, 2009

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah proses kitaran BERFIKIR - LAKUKAN - BERFIKIR untuk mengkaji dan mencipta perubahan. Kita berfikir tentang apa yang kita lakukan sekarang kemudian kita lakukan sesuatu untuk mencipta perubahan dan akhir sekali kita akan berfikir kembali tentang perkara yang telah dilakukan dan kesan-kesannya.

Apa yang kita fikirkan akan membentuk perbuatan / amalan kita dan apa yang kita lakukan / amalkan akan membentuk pemikiran kita pada masa hadapan. Pengkaji tindakan melihat ini sebagai proses kitaran berfikir – lakukan – berfikir.

Kajian tindakan bermula dengan harapan, impian dan keinginan.

TUJUAN MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1) Walaupun pelbagai risiko dan ketidaktepatan di dalam kajian tindakan namun individu professional yang terlibat di dalam pembelajaran awal kanak-kanak memilihnya kerana mereka ini memiliki harapan, mempunyai impian dan juga keinginan untuk meningkatkan cara hidup kanak-kanak, ibu bapa dan juga rakan sekerja mereka.
2) Untuk menggalakkan, membolehkan dan memberikan inspirasi kepada individu yang terlibat di dalam permulaan di dalam pembelajaran awal kanak-kanak untuk menggunakan kajian tindakan bagi menghasilkan professional dan perubahan sosial di dalam bidang mereka.
3) Pengkaji tindakan berharap mereka boleh mencipta perubahan untuk kebaikan, impian untuk hidup yang selesa dan keinginan untuk melakukan perubahan.

MENGAPA KAJIAN TINDAKAN PERLU DILAKUKAN

• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.
• Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran

BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan.
• Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN?

• Melalui buku ini, pengkaji melakukan kajian melalui kitaran kajian tindakan yang terdiri daripada 4 fasa.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN

FASA 1 : PILIH UNTUK PERUBAHAN
FASA 2 : MERANCANG UNTUK PERUBAHAN
FASA 3 : MENCIPTA PERUBAHAN
FASA 4 : BERKONGSI PENGETAHUAN/HASIL KAJIAN

FASA 1 - PILIH UNTUK PERUBAHAN

1) PEMILIHAN TOPIK

  • Menentukan topik untuk kajian tindakan yang hendak kita jalankan.
  • Contoh topik adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran, suara/ pendapat pelajar dalam kurikulum, anti-bias kurikulum.
  • 4 ciri yang perlu dititikberatkan dalam penentuan pemilihan topik adalah seperti berikut:
a) Pengkaji berniat untuk meningkatkan atau merubah sesuatu keadaan
b) Meningkatkan amalan sosial – dengan menemui kaedah atau teknik terbaru.
c) Cipta sesuatu ilmu pengetahuan yang baru tentang sesuatu amalan sosial
d) Mengekalkan kerelevanan sesuatu perkara.

2) BERTANYA SOALAN

  • Daripada topik yang telah dipilih, pengkaji memikirkan tentang persoalan kajian.
  • Contoh soalan bermula dengan "bagaimana" dan "adakah"
Contoh topik adalah untuk memperbaiki hubungan dengan ibu bapa. Oleh itu persoalan yang timbul adalah bagaimana cara kita menghubungi mereka setiap hari dan apakah perasaan kita terhadap mereka.

FASA 2 - MERANCANG UNTUK PERUBAHAN

3) MEMENUHI KELUARGA KAJIAN TINDAKAN

  • Keluarga kajian tindakan menggambarkan hubungan antara perbezaan pendekatan kepada kajian tindakan. Setiap pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza-beza dan yang manakah mampu memberikan kita panduan yang betul di dalam kajian.
  • Setiap pendekatan dilakukan pada masa dan tempat yang berbeza
  • 2 cawangan
a) kajian tindakan untuk perubahan professional -dijalankan secara individu @ berkumpulan
b) kajian tindakan untuk perubahan sosial - dimulakan dengan individu dan berakhir di dalam kumpulan

4) DALAMI TOPIK MELALUI KAJIAN YANG LEPAS


  • Belajar dengan lebih mendalam tentang topik kajian dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini samada ia berbentuk akademik ataupun tidak.
  • Menjana idea dan boleh memperbaiki kekurangan.
  • Beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam memilih kajian lepas adalah seperti berikut:
a) hadkan jumlah tahun kajian – contohnya; ambil kajian yang terbaru
b) hadkan jenis kajian – contoh; ambil artikel kajian tindakan secara online.
c) hadkan jenis pembelajaran – contoh; cari kajian tindakan berkaitan pelajar, guru dll
d) hadkan perspektif teoritikal – cuma cari kajian yang berasaskan teori sosial, teori perspektif jantina

5) TANGGUNGJAWAB ETIKA

4 prinsip etika yang boleh membantu melaksanakan kajian :

  • cari dan ikut etika yang sesuai untuk mengkaji di dalam "kawasan" kita
  • kurangkan keburukan dan tingkatkan kebaikan
  • dalami tentang maklumat penting dan masukkan di dalam kajian tersebut
  • kekalkan keadaan asal dan elakkan maklumat yang tanpa kebenaran

6) REFLEKSI DAN KRITIKAL REFLEKSI

  • Pengkaji akan melakukan refleksi apabila beliau merasa pelik atau ada perasaan ingin tahu terhadap sesuatu.
  • Berfikir tentang apa yang dilakukan pada masa yang lalu dan dan apa yang dilakukan hari ini untuk tujuan memperbaikinya.
7) PEMETAAN PRAKTIKAL

  • Contoh kajian adalah untuk mengkaji hubungan murid lelaki di dalam pembelajaran pra-sekolah. Oleh itu pemetaan praktikal adalah dengan memikirkan sumber praktikal yang perlu diubah iaitu bagaimana mereka bekerjasama dengan murid lelaki di dalam program pra-sekolah.
8) MERANCANG KAJIAN SUPAYA TELITI DAN SAH

Kajian yang teliti dan sah boleh mengukur dan mengadili kualiti dan ketulenan sesuatu kajian tersebut dan hasil pencarian kajian tersebut

FASA 3 -MENCIPTA PERUBAHAN

9) BENTUK KUMPULAN KAJIAN TINDAKAN

  • Kolaborasi di dalam kumpulan kajian tindakan sangat membantu sesuatu kajian.
  • Kolaborasi akan mmemberikan dorongan, galakan dan inspirasi di dalam pemikiran dan kelakuan. Para pengkaji mampu menghasilkan skil, semangat, keinginan dan juga komitmen.
10) MENDAPATKAN DATA ASAS

  • Data-data yang penting perlu diperolehi untuk dijadikan bukti dan akan menghasilkan kesimpulan di akhir kajian.
  • Data boleh berbentuk kualitatif ataupun kuantitatif.
  • Sumber data di peroleh melalui pemerhatian, interview, peroleh data dari contoh kerja, portfolio dan gabung semua atau sebahagian daripadanya.
  • Orang yang kumpul data - guru, kanak-kanak, ibu bapa, rakan sebaya dan lain-lain.
  • Tempat - kelas, rumah, kawasan komuniti

Cara mendokumentasikan data :

Nota bertulis, kamera termasuk kamera handphone, rekod audio, rekod video, persembahan peserta, contoh kerja, jurnal peserta.


11) CIPTA PERUBAHAN DAN KUMPUL DATA TENTANG KESANNYA

  • setiap perubahan yang dilakukan biasanya akan memberikan kesan samada positif ataupun negatif.
  • kumpul maklumat mengenai kesan-kesannya dan lakukan analisis terhadap kesan tersebut
12) ANALISIS DATA

4 bentuk menganalisis data :

  • menyusun data untuk analisis-luangkan masa untuk menyusun data supaya kita boleh review dengan lebih mudah. Setiap pengkaji menyusun data dengan berlainan seperti membuat label, cek dengan peserta. Jadikan data dalam bentuk yang mudah difahami.
  • membuat kod data-contohnya ialah buat numbering, warna dan simbol dan semuanya mestilah konsisten. Contohnya dengan membuat label bagi jantina, lokasi dan umur.
  • tapis data-untuk mengenalpasti bentuk penyusunan. Untuk melihat pelbagai kemungkinan yang timbul. Koponen yang boleh dilihat adalah idea, isu, soalan, dilema, topik, keputusan, nilai.
  • analisis data dan pamer keputusan-
13) MENDALAMI SECARA KESELURUHAN DATA TERSEBUT

4 teknik :

  • lakukan refleksi
  • kritikal refleksi
  • merujuk kepada kajian yang lepas
  • fokus kepada maklumat utama sahaja
14) PILIH TOPIK/ ISU BARU UNTUK DIUBAH
@ PERBAIKI YANG BOLEH MEMBANTU UNTUK KAJIAN YANG SETERUSNYA

FASA 4 - BERKONGSI HASIL KAJIAN

15) MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA ANALISIS DATA

Kita akan membuat kesimpulan daripada data dan analisis yang dilakukan dan memerlukan kita membuat keputusan apa yang berubah dan apa yang tidak berubah dari mula projek dijalankan dan terangkan kenapa dan akhir sekali adalah apa yang dipelajari daripada kesan yang wujud,

16) BERKONGSI PENGETAHUAN MENGENAI PROJEK ANDA

Laporan projek secara formal
• Artikel akademik
• Bab dalam buku
• Artikel dalam majalah
• Paparan dalam website (blog)
• Pembentangan formal seperti di persidangan
• Pembentangan tidak formal – kepada rakan-rakan dan keluarga

CONTOH

FASA 1 : MEMILIH UNTUK BERUBAH

OLEH : SHERALYN CAMPBELL, PELAJAR KEDOKTORAN

PERSOALAN
Bagaimana jujur dan ikhlasnya bekerja untuk kanak-kanak di dalam teori dan praktikal yang dilakukan?

SAMPLE DAN SETTING KAJIAN
Kanak-kanak dan dirinya sendiri

METODOLOGI
Dalam kajian Sheralyn, beliau telah menggunakan konsep Bungee Jumping untuk menunjukkan pengalaman pertamanya dengan kajian tindakan sebagai pelajar kedoktoran. Konsep ini ibarat mendaki tangga Bungee dan melihat keseluruhan dari atas sebelum terjun dan memasuki bidang yang diceburi.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Selepas 20 tahun bekerja di dalam bidang awal kanak-kanak, Sheralyn berasa selamat dan pasti dengan pengetahuan yang dia perolehi dan bagaimana dia mempraktiskan apa yang diketahuinya itu.

HASIL
Hasilnya berbeza daripada apa yang Sheralyn fikirkan. Jika pekerjaan dilakukan untuk kesamarataan dan keihklasan, dia perlu berfikir semula apa yang dia tahu.
Untuk melompat dengan baik, selamat dan landasan yang betul, dia perlu cuba melakukan dengan berbeza. Ini kerana konsep bungee jumping menggambarkan pengalaman, kerana ia bukan sekadar berterbangan dan jatuh ke bawah semata-mata.
“Lompatan Sheralyn terganggu dengan perkara yang tidak dijangka, kekecewaan. Tetapi ada juga yang membuatkannya ingin “melompat” kembali kerana cabarannya dan kesanggupan dirinya.

TUGASAN 2

AKTIVITI 2 DAN 11

ULASAN JURNAL

JURNAL 1:

BUILDING INFORMATION LITERACY : AN ACTION RESEARCH APPROACH
By : Helen Schutz, Alison Pick and Gina Knox (3 experienced teachers from Sydney Schools)

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah kajian tindakan merupakan sesuatu yang bernilai yang boleh digunakan oleh guru perpustakaan untuk meningkatkan hasil daripada pembelajaran di dalam kebolehan membaca dan menulis informasi yang diberikan guru?
2. Adakah dengan penglibatan daripada guru perpustakaan boleh melakukan sesuatu perubahan kepada kebolehan pelajar menguasai kemahiran informasi?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar daripada dua kelas tahun 8 di dalam Kelas Sejarah.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan tugas berdasarkan kepada topik sejarah iaitu “The Black Death” dengan mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian serta perlu penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang. Tugasan dilakukan secara online sepenuhnya dan menggunakan website yang menghubungkan semua pelajar yang direka khas oleh guru perpustakaan.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini menunjukkan pengumpulan data terbahagi kepada data kualitatif dan kuantitatif.

1. Pelajar dinilai dengan melihat kepada bagaimana pelajar mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian.
2. Pelajar juga dinilai dengan melihat kepada penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang.
3. Guru kelas melakukan pemerhatian terhadap pelajarnya.
4. Guru perpustakaan melakukan temuduga kepada pelajar.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam tugasan yang diberikan, pelajar dibekalkan dengan papan hitam elektronik, software peta minda, dan Microsoft Publisher.

HASIL :

1. Guru kelas memberikan komen yang positif terhadap tugasan yang telah diberikan terutama guru yang mengajar kelas sederhana dan terkejut kerana tidak pernah melihat pelajarnya begitu komited terhadap sesuatu tugasan.
2. Pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya.
3. Guru daripada kedua-dua kelas tersebut percaya mereka telah memandang rendah terhadap kebolehan pelajarnya untuk melakukan tugasan tersebut kerana pelajar berjaya melakukannya.
4. Pelajar merasakan mereka akan lebih apa yang ingin dibuat selepas ini jika diberikan tugasan oleh guru.

JURNAL 2:

WHO IS CONDUCTING TEACHER RESEARCH?
By : Debbie L. Hahs-Vaughn (University of Central Florida) & Karen L. Yanowitz (Arkansas State University)

PERSOALAN KAJIAN :

1. Sejauh manakah karakter guru dan sumbangannya, penglibatan guru, penglibatan sekolah di dalam perkembangan professional dan karakter sekolah yang melihat penglibatan guru dalam kajian?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

49184 orang guru (78.9% guru wanita dan 21.1% guru lelaki)

METODOLOGI:

Kajian ini menggunakan Logistics Regression Models untuk menilai hubungan antara karakter guru, sekolah dan penglibatan menyokong perkembangan professional yang boleh mempengaruhi penglibatan guru di dalam kajian.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini, pengkaji memperolehi data dalam bentuk data kuantitatif iaitu :

1. Data diperolehi melalui jadual statistik diskriptif.
2. Data yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat daripada SPSS.

ETIKA KAJIAN:

1. Model 1 – hubungan antara karakter guru dan kemungkinan penglibatan guru secara individu atau kolaboratif bertentangan untuk tidak terlibat di dalam kajian.
2. Model 2 – karakter sekolah sebagai tambahan kepada karakter guru yang menyumbang kepada sekolah.
3. Model 3 – melihat penglibatan di dalam perkembangan professional dan bagaimana faktor ini mempengaruhi kemungkinan penglibatan guru di dalam kajian.
4. Model 4 – menilai pengaruh sokongan kepada perkembangan professional serentak dengan karakter guru dan sekolah penglibatan di dalam perkembangan professional.

HASIL :

Guru yang berpengalaman mengajar di sekolah swasta adalah 1.2 kali lebih penglibatan di dalam kajian daripada guru yang tiada pengalaman.
Guru yang mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar yang kurang daripada 300 mempunyai 90% peluang untuk kajian.
Guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan penilaian pelajar mempunyai 1.530 kali dalam kajian guru manakala guru yang terlibat di dalam perkembangan professional berkaitan kaedah mengajar mempunyai 1.470 kali di dalam kajian guru.

JURNAL 3:

AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM
By : Courtney Kosky, West Virginia University.

PERSOALAN KAJIAN :

1. Adakah dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?
2. Adakah dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan pencapaian akademik?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:

Pelajar tahun 6 di Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.

METODOLOGI:

Pelajar telah diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi, membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum, mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:

Di dalam jurnal ini, pengkaji mengumpul data melalui :

1. Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap pelajaran dan aktiviti.
2. Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi maklumbalas.
3. Memberi penilaian dan rubrik melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
4. Tinjauan dngan guru memberi reflek terhadap pengajaran setiap hari.

ETIKA KAJIAN:

Di dalam jurnal guru, penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low (pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).

HASIL :

1. Pelajar lebih berminat kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa yang mereka belajar.
2. Pencapaian akademik pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.

BANDINGKAN MASALAH YANG DIBINCANGKAN DI DALAM KETIGA-TIGA JURNAL

Semua pengkaji mengkaji masalah yang berbeza dan setiap pengkaji mempunyai matlamat tersendiri kenapa mereka melakukan kajian mereka itu terhadap sample yang dipilih. Jurnal pertama dan ketiga menjadikan pelajar sebagai sample manakal jurnal kedua menjadikan guru sebagai sample.

Jurnal pertama mengkaji adakah dengan bantuan guru perpustakaan yang memberikan tugasan yang berasaskan teknologi kepada pelajar mampu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Jurnal kedua pula menekankan guru ketegori mana yang banyak terlibat dengan kajian. Jurnal ketiga menjurus kepada penggunaan unsur-unsur kesenian di dalam subjek sosial.

BANDINGKAN BAGAIMANA PARA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua jurnal menjalankan beberapa proses yang terlibat dan menyerupai proses perlaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi di dalam proses kajian mereka itu.

APA YANG DIPELAJARI DARIPADA KETIGA-TIGA JURNAL

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku tidak kira di mana sahaja contohnya seperti di dalam bilik darjah sama ada melibatkan diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan. Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek seperti langkah-langkah yang ingin diambil, perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut, cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat dan bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.

Proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memantau perjalanan kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak. Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. ini bertujuan untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.