BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3

AKTIVITI 3

ULASAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM 2009


Ulasan Pembentangan 1

Meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam

Oleh : Nurul Syuhada Mohd Muzni (P48631), Norbasirah Saodi (P48616),
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673)

Pernyataan Masalah

1) Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi?
2) Sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1)Refleksi- kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
2)Perancangan-Menggunakan teknik mentor mentee
3)Tindakan- Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
4)Pemerhatian- Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 6 orang pelajar yang lemah dari tingkatan 4ea/pd1

Pengumpulan dan penganalisian data

1)Ujian Saringan- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
2)Pemerhatian- -dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
3)Temubual- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan dan dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.

Implikasi kajian

1)Dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
2)Pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi kerana hubungan pelajar dan guru rapat
3)Pelajar lebih seronok dan tidak malu untuk bertanya kerana belajar bersendirian dengan guru
4)Membuatkan pelajar yang lemah dan tidak tahu mengenai tulisan jawi semakin mengenali tulisan jawi tersebut.

Ulasan kepada pembentangan

Seperti yang kita maklum, dewasa ini ramai pelajar yang tidak tahu menulis mahupun membaca jawi. Mungkin ini kerana kurangnya pendedahan yang diperolehi terutamanya apabila mereka berada di rumah. Namun, ekoran malu bertanya kepada rakan atau guru menyebabkan mereka tidak dapat dilatih dari awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi ini. Mereka gusar jika memberikan jawapan yang salah atau khuatir pertanyaan mereka adalah tidak bernas.

Gurulah yang harus bijak untuk mengikis tanggapan dan sikap malu bertanya pelajar ini dengan menggunakan teknik mentor mentee yang mampu meningkatkan penguasaan para pelajar. Ini kerana ia hanya melibatkan interaksi antara pelajar dan guru tersebut sahaja dan sudah tentu mampu mengelakkan pelajar menjadi malu dan pelajar bebas untuk mneyuarakan masalah mereka. Teknik ini amat sesuai digunakan kerana dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar). Apabila hubungan di antara pelajar dengan guru semakin rapat maka pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi.


Ulasan Pembentangan 2

“Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi Terhadap Permainan, Motivasi dan Keberkesanan Ulangkaji Melalui Pembelajaran kolaboratif (Permainan Dam Ular)”

Oleh : Jovinia Jowinis ,Zaleha Mohd Jaafar

Pernyataan Masalah

Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap;

i) Permainan dam ular di dalam aktiviti ulangkaji subjek Sejarah dan Pendidikan Islam?

ii) Motivasi pelajar apabila menjalankan aktiviti ulangkaji menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular?

iii) Keberkesanan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular dalam aktiviti ulangkaji pelajar?

Methodologi, setting kajian dan sampel kajian

Methodologi

1) Model kajian tindakan Kemmis & McTaggert (1988)
2) Kajian kolaboratif

Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi

Sample kajian - Kajian dilakukan kepada 83 orang pelajar dari tingkatan 4

Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Borang soal selidik
2) Pemerhatian melalui video dan gambar
3) Soal selidik soalan terbuka (Open ended questionaire).

Implikasi kajian

1) Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar.
2) Pelajar lebih seronok kerana melalui permainan, ianya tidak membosankan dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.
3) Pelajar dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dengan membincangkan jawapan kepada soalan yang diberi.
4) Pelajar akan lebih aktif untuk mengulangkaji pelajaran mereka melalui permainan dam ular ini.

Ulasan kepada pembentangan

Rata-rata pelajar tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran jika guru tidak pandai menggunakan pendekatan yang betul ataupun menggunakan teknik dan kaedah mengajar yang betul. Mereka cepat berasa bosan dan bersifat malas. Berdasarkan hasil penelitian, analisis dan perbincangan dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular adalah positif dan kaedah ini dapat meningkatkan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti ulangkaji. Ini kerana mereka tidak berasa bosan malah dapat bermain sambil menjawab soalan dan dapat berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Ini juga mampu meningkatkan sifat bekerjasama dan kefahaman para pelajar itu sendiri.

Sunday, October 25, 2009

TUGASAN KELAS

MENGAPA KAJIAN ADALAH PENTING BAGI GURU?

1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri.

4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan perhubungan antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.

7. Mampu meningkatkan mutu pendidikan negara seiring dengan JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial ).

8. Dapat mengenal pasti masalah samada berpunca dari segi pengajaran dan pembelajaran serta masalah yang melibatkan pelajar sekaligus mampu menjana idea untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

9. Dapat mempelajari teknik dan kemahiran cara pengumpulan data serta menjana idea baru yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.

10. Menjadi sumber rujukan kepada guru-guru yang lain dan dapat berkongsi ilmu dengan mereka.

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
  • Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.
  • Kajian tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu menganalisis sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.
  • Bersifat kolaboratif iaitu sepasukan pengkaji dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.
  • Kajian ini berunsurkan penglibatan iaitu ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  • Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,
  • Meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
  • McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
  • Menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
  • Somekh (1989) menyatakan kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
  • Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan kajian tindakan dengan menggunakan CRASP
  • Critical collaboration enquiry by
  • Reflective practitioners who are
  • Accountable in making the results of their enquiry public
  • Self evaluative in the practice and engaged in
  • Participative problem solving and continuing professional development
AKTIVITI 5

MENGAPA GURU PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
  • Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
  • Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
  • Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan
  • Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar
  • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin
  • Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
  • Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
  • Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
  • Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
  • Dapat menyediakan guru, sebagai pengkaji yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;
  • Membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan
  • Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1) Model Lewin's
2) Model McKernan's
3) Model Kemmis's
4) Model Ebbutt's
5) Model Elliot's